Tuesday, December 21, 2010

ACM ICPC Asia Regional 2010 - Kuala Lumpur (8th- 9th Dec 2010)






ACM ICPC (Association for Computing Machinery International Collegiate Programming Competition) Regional 2010 telah berjaya diadakan di Universiti Islam Antarabangsa pada 8 – 9 Disember 2010. Pertandingan Pengaturcaraan peringkat Regional ini adalah pertandingan yang disertai oleh pelajar-pelajar dari beberapa universiti di sekitar Asia. Sebanyak 66 kumpulan telah menyertai pertandingan kali ini dan 37 kumpulan adalah penyertaan dari luar negara Malaysia manakala 29 kumpulan adalah dari Malaysia. UiTM adalah kontinjen yang paling besar dengan 4 kumpulan dari UiTM Malaysia, 3 kumpulan dari UiTM Trengganu dan 2 kumpulan dari UiTM Perlis. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang pelajar.
Tujuan UiTM Perlis menyertai pertandingan ini adalah di antaranya untuk menyungkil bakat pengaturcaraan dari kalangan pelajar Sains Komputer dan juga menggalakkan pelajar kita untuk bersaing di peringkat antarabangsa bersama-sama pelajar antarabangsa (‘battle of the brains’). Ternyata bahawa pelajar kita mampu untuk bertanding dan seterusnya mengasah bakat mereka dalam menyelesaikan masaalah dan menulis aturcara dalam bahasa pengaturcaraan pilihan mereka utk meyelesaikan masaalah tersebut. Mereka diberi 10 soalan untuk diselesaikan dalam masa 5 jam.

Pada hari pertama di sebelah pagi, pelajar diberi masa untuk membuat ujian percubaan, tetapi disebabkan oleh masaalah rangkaian ujian tersebut tidak berjaya dilaksanakan dan kesemua peserta di beri peluang untuk menguji sistem komputer pada hari kedua. Pada petang hari pertama, pelajar di beri peluang untuk mendengar ceramah mengenai strategi menghadapi pertandingan tersebut yang dipersembahkan oleh Derek Kisman, salah seorang hakim pertandingan. . Pada hari kedua, peserta menguji lari sistem sekali lagi dan setelah beberapa masaalah teknikal dapat di atasi, petandingan dimulakan pada jam 11:25 pagi dan berakahir pada jam 4:25 petang. Mereka diberi pek makanan ringan dan juga makanan tengahari dalam dewan pertandingan. Semua jurulatih (coach) dapat mengikuti keputusan secara langsung dari bilik auditorium. Dr Steven Halim dan Felix Halim (yang penah menyertai pertandingan tersebut di peringkat dunia) berkongsi ide bersama jurulatih yang lain cara untuk membuat persediaan dan bagaimana ianya boleh dijadikan kursus elektif di peringkat pengajian.
Keputusan diumumkan pada jam 6 petang seperti berikut:
  1. Chinese University Hong Kong
  2. Nanyang Technological University , Singapore
  3. Hong Kong University of Science and Technology
Kedudukan untuk Universiti Tempatan adalah seperti berikut:
  1. Universiti Islam Antarabangsa
  2. Universiti Islam Antarabangsa
  3. Universiti Multimedia
  4. Universiti Teknologi MARA Malaysia
  5. Universiti Kebangsaan Malaysia
  6. Universiti Multimedia
  7. Universiti Teknologi Petronas
  8. Universiti Teknologi MARA Perlis
UiTM Perlis (Tensai Coder 1) telah mendapat kedudukan keseluruhan nombor 44 dan nombor 8 di kalangan universiti tempatan. Kumpulan UiTM Perlis (Tensai Coder II) pula mendpat kedudukan 58 dan nombor 21 di kalangan universiti tempatan.

Di kalangan kumpulan dari UiTM sahaja, keputusannya adalah seperti berikut:
  1. UiTM Malaysia (Newbies)
  2. UiTM Perlis (Tensai Coder I)
  3. UiTM Malaysia
  4. UiTM Malaysia
  5. UiTM Trengganu
  6. UiTM Perlis (Tensai Coder II)
  7. UiTM Malaysia
  8. UiTM Trengganu
  9. UiTM Trengganu

Tensai Coder I dianggotai oleh

  1. Aizat Bin Idris
  2. Azmirul Izzat Bin Zubad
  3. Muhammad Hasyimi Bin Zamri
Tensai Coder II dianggotai oleh
  1. Dzulhafiz Bin Abdul Rahim
  2. Muhammad Zikri Bin Ismail
  3. Siti Syakirah Binti Sazali
Prestasi kumpulan dari UiTM Perlis adalah membanggakan walaupun mereka kurang pendedahan dan tidak mendapat banyak latihan. Dengan prestasi membanggakan ini, kita akan meneruskan usaha untuk memberi lebih banyak latihan kepada pelajar kita untuk menyertai pertandingan pada tahun hadapan pulak.

Keseluruhan keputusan di sini: http://www.iium.edu.my/acmicpc/upload/html/
Galeri Gambar di UIA: http://www.iium.edu.my/acmicpc/upload/ACMICPCRegionalMalaysia2010/index.html


Barisan para hakim


Membuat mock questions

Sedang tekun memahami soalan

Baru mula pertandingan jadi belum ada belon lagi. Belon diberi bila ada soalan yang telah dapat diselesaikan.