Monday, November 16, 2009

Al-Fatihah untuk Arwah Kak Jamsiah Mohd Hussin (7 Jun 1940 - 15 Nov 2009)


Al-Fatihah untuk Arwah Kak Jamsiah Mohd Hussin (kakak sulong keluarga kami) yang telah kembali kerahmatullah tepat jam 2:05 pagi 15 November 2009.

1 Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4 Yang menguasai di Hari Pembalasan
5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus,
7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.



Kak adalah anak kelima dan kakak sulung kami dari 15 adik beradik (5 perempuan dan 10 lelaki). Tiga abang sulong dari mak lain telahpun meninggal. Kami juga telahpun lama kehilangan kedua-dua ayah dan mak, ayah meninggal pada tahun 1973 manakala mak menyusul kemudian pada awal tahun 1976 dan dikebumikan di Mekah sehari sebelum beliau sepatutnya pulang ke Malaysia. Oleh itu kak lah yang jadi pengganti kepada mak dan semasa hayatnya beliau banyak mengasuh adik-adik, anak-anaknya dan juga anak saudara.

Pengorbanan kak pada keluarga amat besar kerana memikul tanggungjawab sebagai ibu. Beliau amat setia menghuni rumah pusaka di kampung di mana ianya menjadi tempat kami berkumpul walaupun tanpa mak dan ayah. Alhamdulillah ikatan kekeluargaan tetap akrab dan kerap kali kami dapat berkumpul pada Hari Raya (selalunya pada hari raya ketiga).

Selepas suami kak meninggal pada tahun 2001, Kak mula tinggal dengan anak-anaknya di Kangar atau KL. Kak pulak, sejak sebelum berkawin lagi kerap kali diduga dengan penyakit yang kadang-kadang menjadi misteri bagi kami. Semasa hayatnya dia selalu saja pening kepala, ditambah pulak dengan penyakit kencing manis dan arthritis. Selepas pembedahan jantung yang dilaluinya pada penghujung tahun lepas, beliau tidak dapat kembali pulih dengan sepenuhnya. Keadaannya makin merosot dan pada petang Jumaat 13 Nov beliau dimasukkan ke PPUM apabila anaknya mendapati dia sukar bernafas. Paru-parunya didapati berair, jantung lemah, oksigen kurang dari 50% dan tahap karbon dioksid terlampau tinggi. Kami dari Alor Setar mula turun ke KL selepas dimaklumkan bahawa keadannya amat kritikal. Pada petang Sabtu doktor menyatakan bahawa kak sebenarnya dalam keadaan nazak dan keluarga perlu buat keputusan samada untuk meneruskan dengan rawatan atau bawa balik. Kami memutuskan untuk bawa balik supaya dia dapat menghembuskan nafas terakhir di rumah di kelilingi keluarga.

Kak dibawa balik ke rumah Kak Arah. Kami tau yang Kak memang nak balik ke Alor Setar tapi keadaannya masa itu memang tak mengizinkan. Selepas sampai di rumah dan selepas bantuan oksigen dihentikan kami dimaklumkan yang selalunya pesakit hanya dapat bertahan selama setengah jam sahaja. Semua adik-adik kak (kecuali Bang Cik yang berada di Alor Setar) dan anak-anaknya ada dan kami sempat memohon ampun dan maaf serta menghalalkan segalanya supaya kak dapat pergi dengan aman. Beliau memang dalam keadaan sedar masa itu sebab apa yang kami nyatakan, dia memberi maklum balas. Masa itu abang sulong sekarang iaitu Bang Pin dari Kuala Kangsar belum sampai. Selepas setengah jam kak masih bertahan dan masih dalam keadaan sedar, dapat bercakap dan membaca ayat-ayat Al-Quran. Tapi kami dapat lihat bahawa kak dalam keadaan sakit dan sukar menarik nafas. Selepas solat Maghrib kami mula beramai-ramai membaca Yasin, solat Isyak dan solat hajat. Bang Pin dan isterinya Kak Timah sampai lebih kurang jam 11mlm. Masa dengan Kak Timah, kak nak sembahyang Isyak katanya dan Kak Timah bantu dia walaupun tak sempurna solatnya. Selepas itu ada yang dah balik dan ada yang dah tidor, saya pulak tak balik ke USJ, duk dalam bilik kak bersama anak-anaknya, Kak Arah, Abang Lah dan Zati. Kak menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 2:05 pagi 15 Nov 2009.

Oleh kerana banyak kali Kak sebut nak balik Alor Setar maka anak-anak dan adik-adik dah buat keputusan supaya jenazah disemadikan di Alor Setar. Jenazah dimandikan dan dikapan di TTDI, KL. Van jenazah tiba di Alor Setar pada jam 12:30 tgh dan selepas solat Asar, jenazah selamat dikebumikan. Semoga Allah memberi keampunan bagi kak, sesungguhnya kak banyak berjasa kepada keluarga, kami semua sayang pada kak, halalkan makan minum kami, kami mohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan dan kekasaran bahasa samada secara sedar atau tidak sedar dan kami juga memaafkan kak dan menghalalkan segalanya, kami redha sebagaimana kakpun redha atas segala-galanya. Ya Allah ya Tuhan ku, anugerahkanlah rahmatMu, ampunkan kakak ku dan tempatkan kak bersama orang-orang yang soleh. Amin.


Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون) “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Ya Tuhan kami, berilah kami keampunan dan keampunan bagi saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami. (al-Hasyr: 10).

Friday, November 6, 2009

META 2010

International Conference on Metaheuristics and Nature Inspired Computing

The 3rd International Conference on Metaheuristics and Nature Inspired Computing, META’10, will held in Djerba Island in Tunisia ().

The Conference will be an exchange space thanks to the sessions of the research works presentations and also will integrate tutorials and a vocational training of metaheuristics and nature inspired computing.

The scope of the META’2010 conference includes, but is not limited to:

  • Local search, tabu search, simulated annealing, VNS, ILS, …
  • Evolutionary algorithms, swarm optimization, scatter search, …
  • Emergent nature inspired algorithms: quantum computing, artificial immune systems, bee colony, DNA computing, …
  • Parallel algorithms and hybrid methods with metaheuristics, machine learning, game theory, mathematical programming, constraint programming, co-evolutionary, …
  • Application to: logistics and transportation, telecommunications, scheduling, data mining, engineering design, bioinformatics, …
  • Theory of metaheuristics, landscape analysis, convergence, problem difficulty, very large neighbourhoods, …
  • Application to multi-objective optimization
  • Application in dynamic optimization, problems with uncertainty, …

Conference

  • October 28-30, 2010

Paper:

  • Submission of a paper: May 15, 2010
  • Notification: July 15, 2010
  • Final version: September 15, 2010

Session:

  • Submission of a session: May 15, 2010
  • Notification: June 15, 2010

Tutorial:

  • Submission of a session: May 15, 2010
  • Notification: June 15, 2010